Pages

Monday, August 31, 2009

CiNta-KasIH-SaYanG

hai aLL
smlm akku tgk crite nur kasih, n ade satu slot tu aku rasa tersentuh n terpikir ngn ayat "adam" - dia cinta kan NUr, n katrina tnya" how about me?- dia jwb " saya sayang awak"
so kat sni, erti perkataan "cinta" dan "sayang"...selama ni aku bagi aku xde beza nye perkataan cinta dan sayang, sbb aku rasa ayat tu hanya untul lelaki2 yg ade dua isteri, dua kekasih n ape sje yg dua la..sbb dia kan beza kan dua2 pmpuan tu dgn sayang dan cinta...maknenye, kalo dia ckp dia cinta pmpuan tu adlh yg utama bagi dia... 
CiNta-KasIH-SaYanG
Tiga perkataan yang nampak seakan sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengertian yang sangat berbeza. Pengertian tiga perkataan ini memberikan makna yang sangat mendalam untuk difahami. Emosi dan tindakan juga sebenarnya menggambarkan bahawa kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan walaupun sedikit.
Kasih..
Kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.
Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..
Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.
entry by :

Wednesday, August 26, 2009

alreadY arriVE uuM = 150 x 4 =600RM

hai aLL..
aku dh smpai uum pagi tdi..dsebab kan aku naik dr batu pahat kan, so smpai changlun pun awal la..area 6.30 then aku amek cab masuk kachi..emm smpai x wat pe...membalas kepenatan semalaman d dlm bas..hehe..ptg ni nak p bazar ramadhan, xtau nk buka puasa ape..tgk je la ape2 yg menarik hati nnti..n jgn menarik nafsu sudah..yg penting kueh as appertizer aku msti ade..hehe.. k tu je a..xtau nk cite ape..yg penting tiap2 kali balik kg holiday..mmg syiok woo.. cuma dlm pada tu aku terpikir kan, duet tiket bas pergi balik sem ni je adlh 600..mana x nye..satu trip balik je dh 150rm..so kalo aku balik sem ni sbnyk 4x so jdinya 150 x 4 = 600..tu belum masuk lagi tmbg teksi ke ape ke..huhu masak aku..amek ko..kata i luv holiday..haha
SELAMAT BERBUKA PUASA semua!
post by :

Saturday, August 22, 2009

aHLan waHsaHLan yA rAmaDhan

hai aLL
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA ....AMIN JANGAN CURI2 ..... JANGAN MASA BEKERJA..... JANGAN BUAT ...... JANGAN ASIK ...... JANGAN ASIK BANYAK2 LA BERSABAR...... MESTILAH SENTIASA .........
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Oleh itu saya terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengajakan mahupun yang di sengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA
post by :

Wednesday, August 12, 2009

mY neXt hOliDaY

hai aLL..
sok mlm balik johor for midsem break holiday. seronok sbnrnye nak lik kg, dpt duk ngn femly n mkn pkai terjaga...xpe la aku rasa lebih baik aku balik drpd duk kolej ni, sbb kalo duk sni pun serupa mcm x duk..mmber2 smua busy..emm pnt dh nk ulang la...xpe la yg pnting aku hepy dpt balik...so lets enjoy celebrate awal ramadhan wit femly....

Friday, August 7, 2009

mY frenz 1st sOn...

hai aLL..

hari khamis lepas ni aku sempat g berjalan ke Melaka..tengok anak buah baru..hehe anak my best frenz (geng 6jahanam) anak myza la..myza dh selamat melahir kan 2 mnggu lbih dah..dia dpt baby boy, namanya muhammad ashraff..kitorg gerak pgi dr tempat masing2 then jumpe kat Melaka Sentral..lama gak la kami x reunion berenam..kali ni alhamdulilah tersampai gak hajat smua untuk jumpe n seat together2..even a short time tapi puas hti la, dpt gak jumpe especially yana la, yg pling susah nk jumpe sbb dia kan bekerje..myza pun susah gak sbbdia dh jdi isteri org, so dh kurang la berlibur..hehe..

Nak d tambah lagi masa aku cuti tu hri mkn2 ala2 family gather la, hbis aku balun kerang rebus n kerang pds..hah akibat dan musabab nye amek ko, hari nk balik uum aku kena alergik n demam...dpendekkan cite smpai je kolej ptg tu aku trus p klinik, x tahan demam n gatal...dR kata aku kena alergik seafood, so after this SAY NO TO SEAFOOD, dh la tu semua fevret aku, tapi x pat mkn lagi...huk3..ni pun masih rasa lagi gatal2 n kepala aku pening lagi...so rini aku x posa la..x larat..kena amek ubat lagi rini..k la..mls nye nk mndobi..huhu..tgk la kalo rajin.kalo mls nnti2 la...


ni koleksi pic baby ashraff





post entry by :



Saturday, August 1, 2009

i LuV hOLidaY

i luv holiday too much..best nye...kalo bnyk cuti keje x jalan gak..hampeh.god plezz give me a strong to go on with this sem....ari khamis g tgk baby miyza..cute, macam x caye mmber sesama study masa dip dh de baby dah..ha ha...so who's next to become a wife and mummy...he he he..maybe me maybe not...emmm aku msih kat kg g..ari slasa baru lik..huh..wat to be done...must be done...do it hanim...k la gud nite everybody..love u guys..

posted by :

my Song